Saturday 1 March 2014

Harapan.

Aku pun tak tahu la sejauh mana harapan itu.
Orang kata bagus berharap, 
sebab sure kita ade usaha untuk menjayakan harapan tu. 
Tapi ade yang kata tak payah la nak berharap sangat. 
nanti kau kecewa kat tengah jalan. 
Masing-masing ade pendapat sendiri la. 
Aku tak kata la aku ni mainstream nak berharap sangat. 
and aku pon tak de la langsung takde harapan.
mungkin in the middle la. 
ade usaha, ade la harapan, ade la hasilnya.
bukan dari satu aspek je. tapi banyak.
kau berharap kau nak kerja bagus-bagus.
berharap nak kahwin cepat-cepat.
beli rumah, beli kereta idaman. 
tu semua harapan la tu.

tapi satu je. 
setiap ape yang aku harapkan, pasti akan aku usahakan. 
ni yang terdekat ni, lagi sebulan lebih aku dah nak habis belajar. 
dalam erti kata lain, habis degree. 
aku kene usaha, habis kan semua kerja yang ade buat masa skang. 
assignments, and study gila - gila. tapi boleh ke?
Insha Allah boleh, dengan adenye harapan, pasti aku akan usahakan. 
Tak banyak pon subjek aku sem last ni. 
Jangan la malas. tu je. jangan malas. 
Fokus untuk last sem ni.

Lepas tu, boleh fikir kerja. then, Kahwin? hee. 
Usaha tu penting. insha Allah :)

Love;
NA

Wednesday 11 September 2013

Ouch, Final Year 1st Semester?

Nampak macam gempak je kan, takut je dengar dengan  final year. Yelaaa, balik dari intern kan. Tapi itu lah hakikatnya, dengan tak disangka-sangka aku dah pon menjejakkan kaki ke final year 1st semester. Subjek tak banyak, tapi kerja sgt banyak. Especially in Civil Engineering Design (CED), 2 Cdt Hour for this sem, tapi kerja diaa memang tak menang tangan. 

Subjek CED ni, grouping dan membayangkan diri kita adelah sebuah kakitangan syarikat consultant. Start dari Sub-structure and Super Structure. Macam group kitorang, ambil projek Bungalow 3 Storey. Bayangkan la, dengan ade Swimming Pool nye, nak sustainability la.. green design laa... Exactly mencabar. Aku sem ni pon ambil Final year Project 1, tapi, aku rasa, CED lebih penting lagi. Tak tau, maybe sebab dia grouping kot, kene bg tanggungjawab lebih sikit. Tak fair la kalo kawan buat kerja untuk diri kau kan (Motivate Diri Sikit).

Untuk FYP 1 pulak, macam simple je, tapi seriously, kerja dia banyak. Macam Mechanical + Civil. Tajuk aku, " A Study of Christensen's Coefficient Uniformity (CU), of Water Distribution in a Sprinkler Irrigation System". Waaah! macam gempak pulak state tajuk FYP kat sini. "Water Distribution" tu je civil. part Sprinkler System dah masuk Mechi dah.. So, untuk FYP1, alhamdulillah settle semua, dah submit Final Interim Report. and to be continued in FYP 2. Should be after final exam ni, aku kene stay kat UTP sambung experiment pasal FYP aku, yela.. tak nak pening kepala masuk sem depan dengan CED 2 lagi.. haih. letih. tapi selagi tak settle sem depan, tak settle la keje aku. hehe.. 

Okay, abes cerita pasal subjek-subjek Final First. Baru Final First. Rasa mcm, Final Final dah. Another one week will be the toughest sem for my self. It is because, i need to finish the CED & FYP. Full of Presentations, and reports to do.. I hope its going well. As well as the plan. 

P/s : Tak sabar nak graaad! -.-" Pray for me guyss!

Love, 
NA.


Wednesday 27 March 2013

FINAL PROJECT PRESENTATION FOR INTERNSHIP

Fuhh.. lega, Alhamdulillah, Syukur ke hadrat ilahi kerana saya dah pon present dengan baik, dan yakin. Thank's a lot to our UTP SUPERVISOR, Host Company Supervisor, yang banyaaaaak sangat backup kita orang. tenkiu tenkiu tenkiu. hehe.. Not forget to my friends here.. thanks for the helps and everything. sangat-sangat lega. hehe.. Sedar tak sedar hampir 7 bulan aku dekat sini. memang macam lama, tapi bila dah lepas present ni, rasa skejap sangat... lagi 2 minggu ++ da nak abes. and balik UTP balik. ngadap buku.. haih. argghh.. taknak cita lagi pasal buku, ni report internship, technical paper ni belambaaaak lagi tak siap. Stress sampai tumbuh-tumbuh jerat tahu. heheh.. 

So after this we can continue with the Final report & technical paper, also to the log book. sume mende ni kene hantar 22/4/2013 nanti.. hope i can do it well. nak score betul-betul pon time intern ni je la.. So, the feeling when nak present tadi, memang nervous. sebab deal dengan lecturer 27 Mac 2013, 9.00 AM. and today is the day. Cuak kot mula-mula.. yela da lama tak present. Mula-mula Odu Paul yang present dulu. Dia satu-satunya international student yang intern kat sini.. so far not bad.. dia boleh adapt dengan company melayu.. okay la kan.. bila turn aku plak present, mula-mula tu memang la nervous.. tapi bila dah kat depan.. present depan orang.. rasa nervous tu hilang. janji kita present ape yang kita buat. tu je point dia. So, presentation kitorang tadi habis dalam pukul 11 lebih.. almost 2 hours la untuk 3 orang trainee present depan UTP Supervisor & HC Supervisor. Pengalaman yang mendebarkan. Tapi alhamdulillah ianya selesai. hee.. Soo..itu je lah pasal presentation tadi.. So, here are some pictures. & Enjoyy!!..





Bergambar dengan our UTP supervisor :)

Ucapan dari UTP SV to this Company..

Majlis penyampaian Certificate Of Completion to internship students. 

Yeayy!! I got it.. Alhamdulillah

So , that's it. cerita pasal presentation project..
lepas ni balik UTP.. ngadap buku... -.- All the best rin! haha..


Love, 

NA.

Tuesday 26 February 2013

Aku Benci sejarah. Exactly.

Tak tentu arah. Perlu ke nak mencurigai?aku benci sejarah. Aku tak suka nak ingat masa silam. Tak seronok. Tapi kalau takde sejarah, macam mana nak dapat pengajaran? Maybe, inilah kehidupan, yang cukup mengajar aku menjadi lebih dewasa. Mungkin sebelum ini, aku sering pergi kepada penghujung, tanpa usul periksa. Ye, itu lah kelemahan aku dari dulu lagi. Aku cube untuk berfikiran positif, untuk mengelakkan kekesalan dibelakang hari. Ini bukan sahaja kisah cinta, tapi kisah kisah yang selalu membelenggu diri. Mungkin harus aku buang semua duka dan lara. Mungkin juga aku harus biarkan, entah. Bosan aku dengan penat. Dimatamu aku dijiwamu dia. Semua lagu masuk. Inilah akibatnya kalo hati tak tentu arah. Orang kata buangkan negatif dalam diri. Tapi bagaimana? Kalau kau jauh, aku selalu macam ni. Mungkin dengan kisah silam. Tapi sampai bila aku nak dibelenggu sejarah. Dunia dah maju kehadapan. Aku patut majukan fikiran. Kau ingat senang? Pengorbanan masa lepas menjadi kekuatan aku. Hanya itu.. Omongan kosongku.

Wednesday 6 February 2013

INTERNSHIP is going on and on.

Hai, Assalamualaikum.

Hello Utpians, macam mana keadaan internship korang so far? 

Logbook? - baru siap bulan December
Progress Report?- eleh rilek la, tak yah buat, submit markah je kat SIIU UTP, bukan diorang tahu pon kita  buat ke tidak. hik hik. 
Final Report?.. memang laaaaaa tak sentuh lagi.
Aku tau, most of korang akan jawab macam tu. Lebih kurang aku laa.. 


Untuk Universiti lain, cemana intern korang? ada best x? Elaun banyak tak? :O hek eleh ape hak aku nak tanya elaun pulak. sorrryyy-sorry. hehe.

I'm just wanna sharing my experience.  Kenapa entah aku rasa, Internship kat sini macam so so. Biasa-biasa. maybe kurang projek kot. ade pon dekat Taiping. tapi jauh sangat nak pg, tak da tempat nak stay. Untuk experience handle site dekat company ni, aku tak rasa lagi. Nasib baik, masa Poli aku 5 bulan dekat site. ade la jugak pengalaman. Jeles jugak aku tengok budak-budak lain punya company, diorang dapat pegi O & G (oil & gas), consultant, and macam-macam la. tapi tak ape la. mungkin rezeki lain-lain. 

Even macam tu pon, Engineer-Engineer company ni, sangat supporting. Diorang kesian kat aku, n beberapa orang trainee sama jugak cam aku, yela. Projek kurang, so, ape yang nak diletak kan dalam report kan? Most of it adelah Management, Tender Contract. Itu je la. Diorang banyak tolong budak-budak trainee kat sini untuk report, bagi macam-macam idea untuk update report. Diorang ni pon lebih kurang sebaya aku jugak, yela, fresh graduate UiTM, umo 25 cm tu je pon, nak panggil encik-encik pon tak perlu, abg-abg lagi la tak perlu. Just bahasakan diri guna nama je. selesa jugak. Kata diorang, skang pon diorang still nak study lagi pasal kerje ni, bukan dah teror pon.. Syukur, Alhamdulillah, aku dah nampak sikit bayang-bayang ape yang aku harus present bulan Mac/April nanti In shaa Allah. 

Eh telupa, aku nak bagitau, 
I am from UTP, Course Civil Engineering. haa? 
Utp ape tu? 
dah tau dah, korang akan tertanya-tanya. ape itu UTP.
 kalo sebut PETRONAS? haa, ooo tahu-tahu. 
itu je la feedback yang dapat aku terima bila aku introduce self kat mana-mana la.. 
BEST KE belajar kat UTP? aishh. nanti aku cerita bila aku dah grad dari UTP tu nanti. hehe.. 
In Shaa Allah, Aku akan Grad, tahun depan. 
(Ya Allah, Mudah-mudahan erin dapat Grad dengan jayanya dekat UTP thn depan, amiin) 
Thanks kawan-kawan. :)
Soo, please wait ea! 
Yela, kene la tunggu sampai abes belajar dulu, baru boleh cerita, best ke tak UTP ni. hehe...

So, sambung balik pasal internship. Mula-mula masuk, rasa sekejap, NOW, tinggal 2 Months ++ macam rasa tak percaya. I need to run my Final Report. Please la erin, rajinkan la diri ni. haih. Kat company ni, ade la di provide kan elaun, + staff house. soo, tak yah la susah-susah nak pk, nak menyewa ke ape. Jimat kat situ. Mana ada company yang perfect kan, kadang-kadang diorang bagi lebih kat sini, kurang kat sini, camtu la. Cycle life orang kata. normal la tu. kene buat keje bos sikit, buat keje anak bos, drive sana drive sini, free beb! huhu.. tanpa dibayar. takpela, mungkin mereka akan sedar suatu hari nanti bila jadi trainee mcm aku ni. hehe.. 

keadaan ofis skang: bising, top management gelak ketawa besar-besar dalam bilik meeting. -.-


ini adelah sedikit gambar-gambar ofis aku praktikal. enjoy! hihi :p

ofis aku ade cermin besar. tempat aku pagi-pagi betulkan tudung sebelum staff lain datang. cheh, ahah

hujung tu tempat admin (yang ade lelaki duduk tu), bilik dato' & bilik manager.
tapi dato' jarang gila masuk ofis. selama aku praktikal ni, baru sekali je dia masuk ofis. 
ini lah yang membuat pekerja disini tak mengalami tekanan. HAHA.

yang kat atas ni, tempat Senior QS, QS (Quantity Surveyor) ngan tempat Projek Engineer.

Haaaa, yang ni la tempat kitorang selalu duduk dan disuruh duduk. dalam bilik meeting yang besaaaar. yeahhh.


so bila ade meeeting macam tadi,, aku n trainee lain duk tempat biasa yang kami duduk iaitu, area untuk solat. sini je yang kosong. huhu. kesiann kan? yela, bilik meeting ade orang pakai, biasa nya kitorang dok bilik meeting je.. Laptop yang atas kotak, tuu ha, kat situ la tempat aku ,mengarang. hehe.. 

And itu je lah mengenai I.Z.A Construction Sdn Bhd company yang aku tengah praktikal skang. Kawan-kawan yang kat luar sana, boleh pikir la nak apply praktikal or kerje kat sini or tidak. huhu.. Dah nak dekat kol 6 ni, aku nak chow dulu. Happy reading guys! 


Love;
NA. 

Tuesday 5 February 2013

GENTING HIGHLAND KOTA KERIANGAN !

Assalamualaikum.

For entry kali ni, aku nak sharing2 citeeeee pasal baru-baru ni aku gi Genting Highlaaand. wooooaaaa! 
(-.-)
annnda, 
Siapa cakap travel dalam Malaysia tak best?  haaa!? ish korang ni, pada aku, Dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung. mana-mana tempat yang best kat over the sea tuh, aku rasa best lagi travel tempat sendiri. Paling yang diutamakan! MAKAN la, senang je.. hehe..

Baru-baru ni, short travel aku ke Genting Highland, tahu tak kat mana? Dekat Pahang, sempadan Selangor. cemana tuh? hehe.. Aku pon baru tahu, jalan nak ke Genting Highland tu ada dua jalan, satu ikut ULU YAM, Selangor, Satu lagi ikut Highway dekat Genting sempah ke mana ntah. Kalau dari rumah aku ke Genting Highland tu ade la dalam 45 minit je, sampai kat kete cable.

Pukul 12.00 tengah hari dah ada dekat area Genting SKYWAY, punyaa lah ramai orang beratur, memang faveret orang nak naik genting kot time weekend ni. adelah dalam 45 minit jugak beratur nak tunggu naik kereta cable. Bila sampai dekat Genting, Beli tiket yang Outdoor Games je, Indoor taknak la. lagipon kurang bajet. he he. First game yang aku cube adelah, yang whirlwind punya buaian tu, lupa laa nama dia



sumber: google
ha, yang kat atas ni la. masa dia pusing-pusing tahap rendah, tu okay lg, bila dah start laju ngn dia pusing rendah ke kiri ke kanan, itu memang kecut perut sikit la.. memang aku tutup mata la kejap. cuak, gayat hahaha.. tapi rasa time tu je la. lepas dah stop tu, macam rasa tak de apape. hehe.. rilek je..



 sumber : google
then, aku pegi naik  flying coaster macam kat atas ni, memang macam superman la..sebab cara dia naik tu stail baring  meniarap..then korang akan digerakkan sendiri, melalui rail dia.. ade pusing-pusing jugak! hehe.. so far naik flying coaster ni, terbaikkk! hehe.. Aku jarang dapat main outdoor cam gini. Dulu masa pegi genting, memang dok amek-amek gambar, main cawan pusing, plus game-game kurang adventure laa.. hihi. 



sumber: google

So, Next!, as the shown picture above, aku naik bumper boat.  punya lah lama untuk tunggu naik boat ni, dorang provide 7 boat sahaja. orang yang tunggu ade la dalam 30 ++ blom masuk budak kecik2 lagi. hehe.. lepas dapat naik tu, best gila main langgar-langgar bumper boat org lain. hehe. yang tak kenal pon kita jadi kenal. hehe.. naik boat tu akan  buatkan air tu terpercik ke arah kita. be aware guys! heheh.. 

Lepas tuh, kiteorang pegi naik antique car! ini, kita drive sendiri, tekan je button dekat bawah tu. nt antique car akan begerak ikut lane dia.. hehe.. alamak, antique car tak sempat nak amek gambaar. huuu.




roller coaster!
So! bila dah macam tak tau ape nak naik da.. tibe-tibe terpandang dekat roller coaster yang extreme tu. haha.. dulu memang kalau boleh taknak naik laaaa ROLLER COASTER. tapi, bila pikir-pikir balik. membazir la kalo tak cube.. tapi yang ni, kiteorang beratur sekejap jee... sebab dia boleh muat 24 orang satu pusingan tu. memang tak de la tunggu lama. Pengalaman aku first time naik tu.. sangat mencuakkan! haha.. tapi takde la secuak naik FLYING COASTER. Ade la takut sikit. hehe...


ada brann? HAHA

and the last one! yeahh.. aku naik kot SELERO SHOT tu. memang SHOOOOOOOOT la. haha.. Belt yang dia ikat kan tu tak tight la dekat badan. ADE tujuannya! hehe.. supaya bila selero shot tu dah naik atas paling tinggi, and dia bersedia untuk turun.. ade bunyi menyeramkannnn. lagi nervous la kita rasa. bila dia turun secara mengejut, kita akan rasa, yang macam kita ni TERJUN BANGUNAN. hahaha.. tak tau nak kata apa. bila turun rasa... SATISFACTION even ade cuak sekali pon.. huhu..

puas copy gambar google.
so, ini dia gambar-gambar aku masa dekat sana. masa tengah main game, takde sapa nak amek kan gamba. soooo SAD. huhu. Sape cakap cuti dalam Malaysia tak best? haaaa. Full-stop.


Sekitar Genting. abaikan muke tu. hehe

Background tu Hotel First World. Paling murah kat situ la. nak saving ke..


yang blakang tu aku tak naik pon tak sempat, isk isk,


dekat entrance outdoor anda boleh bergambar dengan dua ekor patung ni.^^ 

ala, roller coaster belum lalu. huhu..

bila dah penat-penat, baru la teringat nak balik.. hehe.  thanks to 'you' yang teman saya ke sini. next time kita pegi lagi. nak try indoor games pulak. and, see u guys in the next story. bye! (^^)

Love, 
NA.




.  

Thursday 24 January 2013

Tips Nak Jadi Kurus ? Banyak cara ni.

SEMUA produk kurus yang secara pemakanan tu, merimaskan kehidupan aku. Kalo korang pikir, LOGIK tak kalo makan ubat kurus tu, lepas tu, still makan dengan nafsu yang BESAAR? Logik ke haa? Tapi kalo korang macam berduit, itu hak sendiri la. Nak tau x,  pada aku semua produk yang menguruskan  secara makan, semuanya merbahaya. MERBAHAYA. Cakap je takde Effect lain, tapi yang sampai PITAM, PENGSAN tu apa? side effect la weh. In Fact! Mana boleh kurus dengan cepat...


Pada aku la (ini pendapat aku) produk-produk tu mahal, and ade campur MLM sikit. huhu. that's why aku tak ambil langsung. TAK NAK pon. haha.. (sorry, macam menyakitkan hati ke ape ke.. tp memang tak berapa nak berkenan laaaaa)

Actually. atas tu muqaddimah je. kata-kata aluan. hehe..  Okay-Okay, aku cerita.

Pada zaman sekolah
Pada dahulunya, aku ini seorang yang berbadan gempal! haha.. gemok jugak la.. berat sampai 65 KG,  Habis je SPM, aku bekerja sebagai seorang kerani. Masa bekerja ni, aku rasa macam memang dah kurang gila berat badan aku, jadi 55 KG. haaa? tekejut jugak aku.. tension ke hapee..
Solutionnya (ni aku bagi solution yang aku amalkan masa dulu, mana baik ikutla, kalo korang rasa cara aku salah, tegur la )...


  • Makan time Breakfast -Nak jimat duit, beli hp punya pasal, sanggup makan time breakfast sahaja. tapi ambil la lebih sikit makanan tu. Nasi pon takpe, sebab kita akan guna tenaga dari siang sampai abes kerje. jangan makan pon nak sikit-sikit je, nanti tak tercover sampai tengah hari. Tengah hari tak payah makan. tapi ganti dengan minum air mineral... (Bawak air dari rumah la)

  • Malam tak yah makan heavy - aku amal kan sup sayur. Family aku stail makan malam dalam kol 9. soo, aku akan makan sup sayur. Kalau takut bosan, tukar la, sup ayam, or tom yam.. tapi do not take rice at night. KORANG TAHU kan NASI ni banyak karbohidrat. hehe.. so, pandai-pandai la. :)
  • Jogging or buat senaman ringka setiap hari ahad je - dalam 30 minit. (tak yah jogging sangatla, jalan-jalan pon takpe), kadang-kadang aku menari sorang-sorang macam aerobik la. kat dalam bilik. sampai berpeluh. 

  • Kurangkan tidur petang.

Aku yang belah kiri tu, masa form 4 ni.
actually ada lagi gambar yang kembang-kembang, tapi aku tak tau letak mana. 
berat time ni : 65KG



So, ini la gambar poyo-poyo, masa lepas SPM, sume stail nak ambil gambar macam ni. hehe.. 
Berat : 55KG


Aku amalkan selama 3 bulan je pon, hasilnya, dari 65 KG kepada 55 KG. Alhamdulillah la, penurunan yang hebat bagi aku, 10 KG, mana nak dapat kan? huhu..

Zaman Politeknik

Abes zaman skolah, aku Masuk Belajar Politeknik, Badan aku kembali kembang ibarat sikembang yang comel, HAHA.. whatever. Gila! aku gemok balik! Setiap kali dok asrama je aku gemuk balik, haih. aku menggunakan syle yang sama, untuk kurangkan berat badan aku, tapi itu pon lepas aku dok luar, masa sem 3. Yela, dok hostel, makan cukup. abes kelas, beli makanan tidur. haih. jangan la ikut aku punya perangai yang ni haaaa.
tengok 2 kali ganda rumate aku. haha.. masa masuk poli la ni. seminggu orentasi da GEMOK!

betapa sehatnya aku time ni. Happy kot! haha (kanan sekali)


Masuk Sem 4 aku praktikal. Time praktikal ni aku gunaa kan sehabis baik untuk menurun kan lagi berat aku yang 58 KG kepada 49 KG kot. haha.. Gila jugak la. tapi, time ni praktikal. Ye la, Civil Engineering, tak sah la kalo tak berjemur kat construction site.

  • Aku merajinkan diri untuk pergi ke Site, kasi kuar peluh sikit. 
  • Kalau makan, siang je aku amek heavy, malam tak sangat.
  • Tapi stil control la pemakanan tu. 
  • Kalo hari ni dah makan banyak, esoknya aku kurangkan, makan sup balik. stable kan berat la..
Gambar kiri: Sebelum praktikal (58 KG)
Gambar kanan: Semasa praktikal (49 KG)



daripada balik praktikal, ke final year masa poli, berat aku maintainn jee, 49KG - 51KG.

Kadang-kadang kita kene jadi STRESS untuk kurus, macam aku dalam final year masa diploma dulu. STRESS dengan FYP, KISAH CINTA, n bla bla bla. hasilnya, penurunan berat. GREAT!


Zaman Universiti

Ha, 2011, aku masuk U sambung degree. SEE, i know it, berat dari 49KG tu, naik pegi 57 Balikkkk! arghhhh.. masuk hostel je aku gemuks! siut laaa.. tapi salah aku jugak.. dok lahap McD selalu sangat, + makan nasi tiap-tiap malam, n pantang ade makanan kat bilik. Biskut pon jadi, boleh menaikkan lagi lemak-lemak yang bangga ni. hjuhu...Soo, ape aku buat?


Gambar Kiri : Masa Sem 2 dekat UTP
Hasilnyaaaa!
Gambar kanan : Sem 3 UTP
  • Jogging la. tiap pagi sabtu or ahad, or kdg2 jumaat. kat tasik UTP tu. 
  • ambil fast food sebulan sekali, tak yah ambil pon tak pe. hehe
  • tak makan meggi + biskut + nescafe selama beberapa bulan
  • Kdg-kdg aku puasa sunat + Puasa ganti
  • Makan bila perlu je. (tapi still tak ambil nasi sgt la)
  • minum air mineral banyak sikit. 
  • Aerobik sikit. hehe
  • haaa! paling ketara, masa aku pakai braces, bulan 10, 2011. tak boleh buat apa la kan, memang tak makan, berat? jgn cakap la.. 48 KG. tapi tu sebab braces.. lain kes la.. takkan sume da gigi cantik nak pakai braces, semata-mata untuk kurus kan.. tak LOGIK. iskkk. tapi boleh ambil style makan roti & sup la.. aku amalkan 2 minggu masa mula-mula pakai braces. tak ambil nasi langsung! haha.. memang boleh kurus. aku jamin!


& alhamdulillah.. aku nak maintain macam ni je.. paling banyak pon naik sampai 52 KG. sesuai ngn ketinggian aku. Aku bukan nak membangga diri ke apa, cume ingin membantu kawan-kawan yang diluar sana, mana tahu tips aku, boleh pakai ke kan,..

Nak buat apape pon dalam dunia ni, kita kene berusaha.

TAKKAN ADA KEJAYAAN YANG DATANG BERGOLEK TANPA USAHA.

Haa, itu je lah. Nanti ade cerita or tips2 menarik, aku publish lagi!

Well, happy reading guys!

Love;
NA