Wednesday 6 February 2013

INTERNSHIP is going on and on.

Hai, Assalamualaikum.

Hello Utpians, macam mana keadaan internship korang so far? 

Logbook? - baru siap bulan December
Progress Report?- eleh rilek la, tak yah buat, submit markah je kat SIIU UTP, bukan diorang tahu pon kita  buat ke tidak. hik hik. 
Final Report?.. memang laaaaaa tak sentuh lagi.
Aku tau, most of korang akan jawab macam tu. Lebih kurang aku laa.. 


Untuk Universiti lain, cemana intern korang? ada best x? Elaun banyak tak? :O hek eleh ape hak aku nak tanya elaun pulak. sorrryyy-sorry. hehe.

I'm just wanna sharing my experience.  Kenapa entah aku rasa, Internship kat sini macam so so. Biasa-biasa. maybe kurang projek kot. ade pon dekat Taiping. tapi jauh sangat nak pg, tak da tempat nak stay. Untuk experience handle site dekat company ni, aku tak rasa lagi. Nasib baik, masa Poli aku 5 bulan dekat site. ade la jugak pengalaman. Jeles jugak aku tengok budak-budak lain punya company, diorang dapat pegi O & G (oil & gas), consultant, and macam-macam la. tapi tak ape la. mungkin rezeki lain-lain. 

Even macam tu pon, Engineer-Engineer company ni, sangat supporting. Diorang kesian kat aku, n beberapa orang trainee sama jugak cam aku, yela. Projek kurang, so, ape yang nak diletak kan dalam report kan? Most of it adelah Management, Tender Contract. Itu je la. Diorang banyak tolong budak-budak trainee kat sini untuk report, bagi macam-macam idea untuk update report. Diorang ni pon lebih kurang sebaya aku jugak, yela, fresh graduate UiTM, umo 25 cm tu je pon, nak panggil encik-encik pon tak perlu, abg-abg lagi la tak perlu. Just bahasakan diri guna nama je. selesa jugak. Kata diorang, skang pon diorang still nak study lagi pasal kerje ni, bukan dah teror pon.. Syukur, Alhamdulillah, aku dah nampak sikit bayang-bayang ape yang aku harus present bulan Mac/April nanti In shaa Allah. 

Eh telupa, aku nak bagitau, 
I am from UTP, Course Civil Engineering. haa? 
Utp ape tu? 
dah tau dah, korang akan tertanya-tanya. ape itu UTP.
 kalo sebut PETRONAS? haa, ooo tahu-tahu. 
itu je la feedback yang dapat aku terima bila aku introduce self kat mana-mana la.. 
BEST KE belajar kat UTP? aishh. nanti aku cerita bila aku dah grad dari UTP tu nanti. hehe.. 
In Shaa Allah, Aku akan Grad, tahun depan. 
(Ya Allah, Mudah-mudahan erin dapat Grad dengan jayanya dekat UTP thn depan, amiin) 
Thanks kawan-kawan. :)
Soo, please wait ea! 
Yela, kene la tunggu sampai abes belajar dulu, baru boleh cerita, best ke tak UTP ni. hehe...

So, sambung balik pasal internship. Mula-mula masuk, rasa sekejap, NOW, tinggal 2 Months ++ macam rasa tak percaya. I need to run my Final Report. Please la erin, rajinkan la diri ni. haih. Kat company ni, ade la di provide kan elaun, + staff house. soo, tak yah la susah-susah nak pk, nak menyewa ke ape. Jimat kat situ. Mana ada company yang perfect kan, kadang-kadang diorang bagi lebih kat sini, kurang kat sini, camtu la. Cycle life orang kata. normal la tu. kene buat keje bos sikit, buat keje anak bos, drive sana drive sini, free beb! huhu.. tanpa dibayar. takpela, mungkin mereka akan sedar suatu hari nanti bila jadi trainee mcm aku ni. hehe.. 

keadaan ofis skang: bising, top management gelak ketawa besar-besar dalam bilik meeting. -.-


ini adelah sedikit gambar-gambar ofis aku praktikal. enjoy! hihi :p

ofis aku ade cermin besar. tempat aku pagi-pagi betulkan tudung sebelum staff lain datang. cheh, ahah

hujung tu tempat admin (yang ade lelaki duduk tu), bilik dato' & bilik manager.
tapi dato' jarang gila masuk ofis. selama aku praktikal ni, baru sekali je dia masuk ofis. 
ini lah yang membuat pekerja disini tak mengalami tekanan. HAHA.

yang kat atas ni, tempat Senior QS, QS (Quantity Surveyor) ngan tempat Projek Engineer.

Haaaa, yang ni la tempat kitorang selalu duduk dan disuruh duduk. dalam bilik meeting yang besaaaar. yeahhh.


so bila ade meeeting macam tadi,, aku n trainee lain duk tempat biasa yang kami duduk iaitu, area untuk solat. sini je yang kosong. huhu. kesiann kan? yela, bilik meeting ade orang pakai, biasa nya kitorang dok bilik meeting je.. Laptop yang atas kotak, tuu ha, kat situ la tempat aku ,mengarang. hehe.. 

And itu je lah mengenai I.Z.A Construction Sdn Bhd company yang aku tengah praktikal skang. Kawan-kawan yang kat luar sana, boleh pikir la nak apply praktikal or kerje kat sini or tidak. huhu.. Dah nak dekat kol 6 ni, aku nak chow dulu. Happy reading guys! 


Love;
NA. 

1 comment:

  1. His sis. Naqila here, your junior from CVE UTP. Sis ada contoh report sip and logbook? kalau tak kebaratan, boleh share to nurulnaqila.zns@gmail.com tak? Hehe TQ!

    ReplyDelete