Tuesday 26 February 2013

Aku Benci sejarah. Exactly.

Tak tentu arah. Perlu ke nak mencurigai?aku benci sejarah. Aku tak suka nak ingat masa silam. Tak seronok. Tapi kalau takde sejarah, macam mana nak dapat pengajaran? Maybe, inilah kehidupan, yang cukup mengajar aku menjadi lebih dewasa. Mungkin sebelum ini, aku sering pergi kepada penghujung, tanpa usul periksa. Ye, itu lah kelemahan aku dari dulu lagi. Aku cube untuk berfikiran positif, untuk mengelakkan kekesalan dibelakang hari. Ini bukan sahaja kisah cinta, tapi kisah kisah yang selalu membelenggu diri. Mungkin harus aku buang semua duka dan lara. Mungkin juga aku harus biarkan, entah. Bosan aku dengan penat. Dimatamu aku dijiwamu dia. Semua lagu masuk. Inilah akibatnya kalo hati tak tentu arah. Orang kata buangkan negatif dalam diri. Tapi bagaimana? Kalau kau jauh, aku selalu macam ni. Mungkin dengan kisah silam. Tapi sampai bila aku nak dibelenggu sejarah. Dunia dah maju kehadapan. Aku patut majukan fikiran. Kau ingat senang? Pengorbanan masa lepas menjadi kekuatan aku. Hanya itu.. Omongan kosongku.

Wednesday 6 February 2013

INTERNSHIP is going on and on.

Hai, Assalamualaikum.

Hello Utpians, macam mana keadaan internship korang so far? 

Logbook? - baru siap bulan December
Progress Report?- eleh rilek la, tak yah buat, submit markah je kat SIIU UTP, bukan diorang tahu pon kita  buat ke tidak. hik hik. 
Final Report?.. memang laaaaaa tak sentuh lagi.
Aku tau, most of korang akan jawab macam tu. Lebih kurang aku laa.. 


Untuk Universiti lain, cemana intern korang? ada best x? Elaun banyak tak? :O hek eleh ape hak aku nak tanya elaun pulak. sorrryyy-sorry. hehe.

I'm just wanna sharing my experience.  Kenapa entah aku rasa, Internship kat sini macam so so. Biasa-biasa. maybe kurang projek kot. ade pon dekat Taiping. tapi jauh sangat nak pg, tak da tempat nak stay. Untuk experience handle site dekat company ni, aku tak rasa lagi. Nasib baik, masa Poli aku 5 bulan dekat site. ade la jugak pengalaman. Jeles jugak aku tengok budak-budak lain punya company, diorang dapat pegi O & G (oil & gas), consultant, and macam-macam la. tapi tak ape la. mungkin rezeki lain-lain. 

Even macam tu pon, Engineer-Engineer company ni, sangat supporting. Diorang kesian kat aku, n beberapa orang trainee sama jugak cam aku, yela. Projek kurang, so, ape yang nak diletak kan dalam report kan? Most of it adelah Management, Tender Contract. Itu je la. Diorang banyak tolong budak-budak trainee kat sini untuk report, bagi macam-macam idea untuk update report. Diorang ni pon lebih kurang sebaya aku jugak, yela, fresh graduate UiTM, umo 25 cm tu je pon, nak panggil encik-encik pon tak perlu, abg-abg lagi la tak perlu. Just bahasakan diri guna nama je. selesa jugak. Kata diorang, skang pon diorang still nak study lagi pasal kerje ni, bukan dah teror pon.. Syukur, Alhamdulillah, aku dah nampak sikit bayang-bayang ape yang aku harus present bulan Mac/April nanti In shaa Allah. 

Eh telupa, aku nak bagitau, 
I am from UTP, Course Civil Engineering. haa? 
Utp ape tu? 
dah tau dah, korang akan tertanya-tanya. ape itu UTP.
 kalo sebut PETRONAS? haa, ooo tahu-tahu. 
itu je la feedback yang dapat aku terima bila aku introduce self kat mana-mana la.. 
BEST KE belajar kat UTP? aishh. nanti aku cerita bila aku dah grad dari UTP tu nanti. hehe.. 
In Shaa Allah, Aku akan Grad, tahun depan. 
(Ya Allah, Mudah-mudahan erin dapat Grad dengan jayanya dekat UTP thn depan, amiin) 
Thanks kawan-kawan. :)
Soo, please wait ea! 
Yela, kene la tunggu sampai abes belajar dulu, baru boleh cerita, best ke tak UTP ni. hehe...

So, sambung balik pasal internship. Mula-mula masuk, rasa sekejap, NOW, tinggal 2 Months ++ macam rasa tak percaya. I need to run my Final Report. Please la erin, rajinkan la diri ni. haih. Kat company ni, ade la di provide kan elaun, + staff house. soo, tak yah la susah-susah nak pk, nak menyewa ke ape. Jimat kat situ. Mana ada company yang perfect kan, kadang-kadang diorang bagi lebih kat sini, kurang kat sini, camtu la. Cycle life orang kata. normal la tu. kene buat keje bos sikit, buat keje anak bos, drive sana drive sini, free beb! huhu.. tanpa dibayar. takpela, mungkin mereka akan sedar suatu hari nanti bila jadi trainee mcm aku ni. hehe.. 

keadaan ofis skang: bising, top management gelak ketawa besar-besar dalam bilik meeting. -.-


ini adelah sedikit gambar-gambar ofis aku praktikal. enjoy! hihi :p

ofis aku ade cermin besar. tempat aku pagi-pagi betulkan tudung sebelum staff lain datang. cheh, ahah

hujung tu tempat admin (yang ade lelaki duduk tu), bilik dato' & bilik manager.
tapi dato' jarang gila masuk ofis. selama aku praktikal ni, baru sekali je dia masuk ofis. 
ini lah yang membuat pekerja disini tak mengalami tekanan. HAHA.

yang kat atas ni, tempat Senior QS, QS (Quantity Surveyor) ngan tempat Projek Engineer.

Haaaa, yang ni la tempat kitorang selalu duduk dan disuruh duduk. dalam bilik meeting yang besaaaar. yeahhh.


so bila ade meeeting macam tadi,, aku n trainee lain duk tempat biasa yang kami duduk iaitu, area untuk solat. sini je yang kosong. huhu. kesiann kan? yela, bilik meeting ade orang pakai, biasa nya kitorang dok bilik meeting je.. Laptop yang atas kotak, tuu ha, kat situ la tempat aku ,mengarang. hehe.. 

And itu je lah mengenai I.Z.A Construction Sdn Bhd company yang aku tengah praktikal skang. Kawan-kawan yang kat luar sana, boleh pikir la nak apply praktikal or kerje kat sini or tidak. huhu.. Dah nak dekat kol 6 ni, aku nak chow dulu. Happy reading guys! 


Love;
NA. 

Tuesday 5 February 2013

GENTING HIGHLAND KOTA KERIANGAN !

Assalamualaikum.

For entry kali ni, aku nak sharing2 citeeeee pasal baru-baru ni aku gi Genting Highlaaand. wooooaaaa! 
(-.-)
annnda, 
Siapa cakap travel dalam Malaysia tak best?  haaa!? ish korang ni, pada aku, Dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung. mana-mana tempat yang best kat over the sea tuh, aku rasa best lagi travel tempat sendiri. Paling yang diutamakan! MAKAN la, senang je.. hehe..

Baru-baru ni, short travel aku ke Genting Highland, tahu tak kat mana? Dekat Pahang, sempadan Selangor. cemana tuh? hehe.. Aku pon baru tahu, jalan nak ke Genting Highland tu ada dua jalan, satu ikut ULU YAM, Selangor, Satu lagi ikut Highway dekat Genting sempah ke mana ntah. Kalau dari rumah aku ke Genting Highland tu ade la dalam 45 minit je, sampai kat kete cable.

Pukul 12.00 tengah hari dah ada dekat area Genting SKYWAY, punyaa lah ramai orang beratur, memang faveret orang nak naik genting kot time weekend ni. adelah dalam 45 minit jugak beratur nak tunggu naik kereta cable. Bila sampai dekat Genting, Beli tiket yang Outdoor Games je, Indoor taknak la. lagipon kurang bajet. he he. First game yang aku cube adelah, yang whirlwind punya buaian tu, lupa laa nama dia



sumber: google
ha, yang kat atas ni la. masa dia pusing-pusing tahap rendah, tu okay lg, bila dah start laju ngn dia pusing rendah ke kiri ke kanan, itu memang kecut perut sikit la.. memang aku tutup mata la kejap. cuak, gayat hahaha.. tapi rasa time tu je la. lepas dah stop tu, macam rasa tak de apape. hehe.. rilek je..



 sumber : google
then, aku pegi naik  flying coaster macam kat atas ni, memang macam superman la..sebab cara dia naik tu stail baring  meniarap..then korang akan digerakkan sendiri, melalui rail dia.. ade pusing-pusing jugak! hehe.. so far naik flying coaster ni, terbaikkk! hehe.. Aku jarang dapat main outdoor cam gini. Dulu masa pegi genting, memang dok amek-amek gambar, main cawan pusing, plus game-game kurang adventure laa.. hihi. 



sumber: google

So, Next!, as the shown picture above, aku naik bumper boat.  punya lah lama untuk tunggu naik boat ni, dorang provide 7 boat sahaja. orang yang tunggu ade la dalam 30 ++ blom masuk budak kecik2 lagi. hehe.. lepas dapat naik tu, best gila main langgar-langgar bumper boat org lain. hehe. yang tak kenal pon kita jadi kenal. hehe.. naik boat tu akan  buatkan air tu terpercik ke arah kita. be aware guys! heheh.. 

Lepas tuh, kiteorang pegi naik antique car! ini, kita drive sendiri, tekan je button dekat bawah tu. nt antique car akan begerak ikut lane dia.. hehe.. alamak, antique car tak sempat nak amek gambaar. huuu.




roller coaster!
So! bila dah macam tak tau ape nak naik da.. tibe-tibe terpandang dekat roller coaster yang extreme tu. haha.. dulu memang kalau boleh taknak naik laaaa ROLLER COASTER. tapi, bila pikir-pikir balik. membazir la kalo tak cube.. tapi yang ni, kiteorang beratur sekejap jee... sebab dia boleh muat 24 orang satu pusingan tu. memang tak de la tunggu lama. Pengalaman aku first time naik tu.. sangat mencuakkan! haha.. tapi takde la secuak naik FLYING COASTER. Ade la takut sikit. hehe...


ada brann? HAHA

and the last one! yeahh.. aku naik kot SELERO SHOT tu. memang SHOOOOOOOOT la. haha.. Belt yang dia ikat kan tu tak tight la dekat badan. ADE tujuannya! hehe.. supaya bila selero shot tu dah naik atas paling tinggi, and dia bersedia untuk turun.. ade bunyi menyeramkannnn. lagi nervous la kita rasa. bila dia turun secara mengejut, kita akan rasa, yang macam kita ni TERJUN BANGUNAN. hahaha.. tak tau nak kata apa. bila turun rasa... SATISFACTION even ade cuak sekali pon.. huhu..

puas copy gambar google.
so, ini dia gambar-gambar aku masa dekat sana. masa tengah main game, takde sapa nak amek kan gamba. soooo SAD. huhu. Sape cakap cuti dalam Malaysia tak best? haaaa. Full-stop.


Sekitar Genting. abaikan muke tu. hehe

Background tu Hotel First World. Paling murah kat situ la. nak saving ke..


yang blakang tu aku tak naik pon tak sempat, isk isk,


dekat entrance outdoor anda boleh bergambar dengan dua ekor patung ni.^^ 

ala, roller coaster belum lalu. huhu..

bila dah penat-penat, baru la teringat nak balik.. hehe.  thanks to 'you' yang teman saya ke sini. next time kita pegi lagi. nak try indoor games pulak. and, see u guys in the next story. bye! (^^)

Love, 
NA.




.