Thursday 24 January 2013

Tips Nak Jadi Kurus ? Banyak cara ni.

SEMUA produk kurus yang secara pemakanan tu, merimaskan kehidupan aku. Kalo korang pikir, LOGIK tak kalo makan ubat kurus tu, lepas tu, still makan dengan nafsu yang BESAAR? Logik ke haa? Tapi kalo korang macam berduit, itu hak sendiri la. Nak tau x,  pada aku semua produk yang menguruskan  secara makan, semuanya merbahaya. MERBAHAYA. Cakap je takde Effect lain, tapi yang sampai PITAM, PENGSAN tu apa? side effect la weh. In Fact! Mana boleh kurus dengan cepat...


Pada aku la (ini pendapat aku) produk-produk tu mahal, and ade campur MLM sikit. huhu. that's why aku tak ambil langsung. TAK NAK pon. haha.. (sorry, macam menyakitkan hati ke ape ke.. tp memang tak berapa nak berkenan laaaaa)

Actually. atas tu muqaddimah je. kata-kata aluan. hehe..  Okay-Okay, aku cerita.

Pada zaman sekolah
Pada dahulunya, aku ini seorang yang berbadan gempal! haha.. gemok jugak la.. berat sampai 65 KG,  Habis je SPM, aku bekerja sebagai seorang kerani. Masa bekerja ni, aku rasa macam memang dah kurang gila berat badan aku, jadi 55 KG. haaa? tekejut jugak aku.. tension ke hapee..
Solutionnya (ni aku bagi solution yang aku amalkan masa dulu, mana baik ikutla, kalo korang rasa cara aku salah, tegur la )...


  • Makan time Breakfast -Nak jimat duit, beli hp punya pasal, sanggup makan time breakfast sahaja. tapi ambil la lebih sikit makanan tu. Nasi pon takpe, sebab kita akan guna tenaga dari siang sampai abes kerje. jangan makan pon nak sikit-sikit je, nanti tak tercover sampai tengah hari. Tengah hari tak payah makan. tapi ganti dengan minum air mineral... (Bawak air dari rumah la)

  • Malam tak yah makan heavy - aku amal kan sup sayur. Family aku stail makan malam dalam kol 9. soo, aku akan makan sup sayur. Kalau takut bosan, tukar la, sup ayam, or tom yam.. tapi do not take rice at night. KORANG TAHU kan NASI ni banyak karbohidrat. hehe.. so, pandai-pandai la. :)
  • Jogging or buat senaman ringka setiap hari ahad je - dalam 30 minit. (tak yah jogging sangatla, jalan-jalan pon takpe), kadang-kadang aku menari sorang-sorang macam aerobik la. kat dalam bilik. sampai berpeluh. 

  • Kurangkan tidur petang.

Aku yang belah kiri tu, masa form 4 ni.
actually ada lagi gambar yang kembang-kembang, tapi aku tak tau letak mana. 
berat time ni : 65KG



So, ini la gambar poyo-poyo, masa lepas SPM, sume stail nak ambil gambar macam ni. hehe.. 
Berat : 55KG


Aku amalkan selama 3 bulan je pon, hasilnya, dari 65 KG kepada 55 KG. Alhamdulillah la, penurunan yang hebat bagi aku, 10 KG, mana nak dapat kan? huhu..

Zaman Politeknik

Abes zaman skolah, aku Masuk Belajar Politeknik, Badan aku kembali kembang ibarat sikembang yang comel, HAHA.. whatever. Gila! aku gemok balik! Setiap kali dok asrama je aku gemuk balik, haih. aku menggunakan syle yang sama, untuk kurangkan berat badan aku, tapi itu pon lepas aku dok luar, masa sem 3. Yela, dok hostel, makan cukup. abes kelas, beli makanan tidur. haih. jangan la ikut aku punya perangai yang ni haaaa.
tengok 2 kali ganda rumate aku. haha.. masa masuk poli la ni. seminggu orentasi da GEMOK!

betapa sehatnya aku time ni. Happy kot! haha (kanan sekali)


Masuk Sem 4 aku praktikal. Time praktikal ni aku gunaa kan sehabis baik untuk menurun kan lagi berat aku yang 58 KG kepada 49 KG kot. haha.. Gila jugak la. tapi, time ni praktikal. Ye la, Civil Engineering, tak sah la kalo tak berjemur kat construction site.

  • Aku merajinkan diri untuk pergi ke Site, kasi kuar peluh sikit. 
  • Kalau makan, siang je aku amek heavy, malam tak sangat.
  • Tapi stil control la pemakanan tu. 
  • Kalo hari ni dah makan banyak, esoknya aku kurangkan, makan sup balik. stable kan berat la..
Gambar kiri: Sebelum praktikal (58 KG)
Gambar kanan: Semasa praktikal (49 KG)



daripada balik praktikal, ke final year masa poli, berat aku maintainn jee, 49KG - 51KG.

Kadang-kadang kita kene jadi STRESS untuk kurus, macam aku dalam final year masa diploma dulu. STRESS dengan FYP, KISAH CINTA, n bla bla bla. hasilnya, penurunan berat. GREAT!


Zaman Universiti

Ha, 2011, aku masuk U sambung degree. SEE, i know it, berat dari 49KG tu, naik pegi 57 Balikkkk! arghhhh.. masuk hostel je aku gemuks! siut laaa.. tapi salah aku jugak.. dok lahap McD selalu sangat, + makan nasi tiap-tiap malam, n pantang ade makanan kat bilik. Biskut pon jadi, boleh menaikkan lagi lemak-lemak yang bangga ni. hjuhu...Soo, ape aku buat?


Gambar Kiri : Masa Sem 2 dekat UTP
Hasilnyaaaa!
Gambar kanan : Sem 3 UTP
  • Jogging la. tiap pagi sabtu or ahad, or kdg2 jumaat. kat tasik UTP tu. 
  • ambil fast food sebulan sekali, tak yah ambil pon tak pe. hehe
  • tak makan meggi + biskut + nescafe selama beberapa bulan
  • Kdg-kdg aku puasa sunat + Puasa ganti
  • Makan bila perlu je. (tapi still tak ambil nasi sgt la)
  • minum air mineral banyak sikit. 
  • Aerobik sikit. hehe
  • haaa! paling ketara, masa aku pakai braces, bulan 10, 2011. tak boleh buat apa la kan, memang tak makan, berat? jgn cakap la.. 48 KG. tapi tu sebab braces.. lain kes la.. takkan sume da gigi cantik nak pakai braces, semata-mata untuk kurus kan.. tak LOGIK. iskkk. tapi boleh ambil style makan roti & sup la.. aku amalkan 2 minggu masa mula-mula pakai braces. tak ambil nasi langsung! haha.. memang boleh kurus. aku jamin!


& alhamdulillah.. aku nak maintain macam ni je.. paling banyak pon naik sampai 52 KG. sesuai ngn ketinggian aku. Aku bukan nak membangga diri ke apa, cume ingin membantu kawan-kawan yang diluar sana, mana tahu tips aku, boleh pakai ke kan,..

Nak buat apape pon dalam dunia ni, kita kene berusaha.

TAKKAN ADA KEJAYAAN YANG DATANG BERGOLEK TANPA USAHA.

Haa, itu je lah. Nanti ade cerita or tips2 menarik, aku publish lagi!

Well, happy reading guys!

Love;
NA


Wednesday 23 January 2013

Terkedu, Sedih. Al-Fatihah Buat Yeop

Ajal Maut semua di tangan Yang Maha Esa, Betul kan?
sedang aku, di dalam kereta untuk ke USJ, meng-courier barang untuk office, tetiba ada someone IM aku dekat Fb, aku bukak guna phone time tu. dia cakap ..

ni conversation aku ngn membe tu.

Terus aku sedekah kan alfatihah untuk arwah. Mula-mula macam tak percaya. yela. arwah memang seorang yang suka gelak, ketawa, buat lawak, haih, semua la.. sampai mak aku pon kenal sape arwah tu. Sebab dulu budak kelas (masa dekat poli) rajin jugak datang rumah, untuk makan-makan, lepas mandi sungai inki. lepas makan tu, lepak-lepak la.. time tu family aku ada, suara arwah paling kuat, n buat lawak, sampai ayah, mak, adik, sume gelak. ape lagi la membe-membe kelas yang lain. 

Aku tanya Fizah, & a'an ( bestfriend aku) betul ke? diorang pon tak tahu pasal ni, dan agak terkejut dengan berita pemergian arwah. Tak lama tu, semua kawan-kawan update status dekat FB, cakap "yeop dah takda".. aku redha dengan pemergian dia menghadap ilahi. Dengan pemergian yeop, hilang la penceria kelas aku dulu. Din! kawan baik dia. mesti dia lagi sedih. Pemergian Yeop buatkan aku berasa bahawa singkatnya kehidupan di dunia ini. 

Tapi yang hidup harus teruskan kehidupan, yang pergi tetap akan pergi. Semoga kau aman disana yeop. aku doakan kesejahteraan kau. Al-Fatihah. 


Love; 
NA


Tuesday 22 January 2013

WHO IS FATIN LIYANA

Haa, sape tu Fatin Liyana? Aku pon baru tahu dia tu siapa, seorang model, blogger, & adik kepada Husband Maria Elena (sape tak kenal maria elena kaan? ex-student UTP tuu.. (^^,) yeah, berbalik kepada cerita tadi. Entah kenapa aku syok-syok tengok gambar Maria Elena, tiba-tiba ade satu gambar tu, macam kawan aku pulak muka dia. klon kot. lama-lama macam suke pulak baca update dia. tgk dia travel, and soo on.

& dari situ aku start google-google pasal dia.. Pada aku blog dia mmg terbaik. Yela, kalo x, cemana boleh dapat trophy sume kan? Yeah! I adore u liyana. Btw. Kita sebaya. Haha. Hammmmpeh. Mcm la dia baca blog aku y tak de apape ni. Hurm. Untuk sapa-sapa tak tau fatin liyana. ni link blog dia! 


her name is Fatin Liyana Asri.
i adore her style & her blog. 
thanks!

 Okeh, to sleep. Siang td aku penat pg site.. Nite bloggers!



Love;
NA

Thursday 17 January 2013

Close Friends. Any?

When wanna talk about this, i confess, i don't have many best friend, even though u guys can see i'm always eat, drink, study, go to class, together with someone,  (mostly girls laa.. )  tak semestinya dia adelah kawan baik saya. 

Actually, i have some best friend, which currently studying at Mesir, & UTHM. There are 3 of them. Who are they? my bestfriend laaah! haha. tapi lately ni, dah jarang sangat contact. maybe masing-masing busy dengan kerja masing2.. i don't know. but still remember them. 

I said that 3 of them, right? FYI, 2 of them from UTHM, and the other one kat Mesir lah. Yang dekat mesir tu, dia study Medic. Kiteorang memang dah kawan sejak sekolah rendah lagi. Lebih kurang kata Kembar saya la. Mana-mana je kitorg pegi mesti sama-sama, especially Raya. Andd the UTHM's since saya belajar dekat Politeknik. Hurm, panjang ceritanya pasal bestfriend poli ni. before rapat dengan dua orang tu, aku rapat dengan "geng-geng hotels".. macam-macam perangai yang aku penah rasai. dengan sorang ni macam tu, sorang ni macam ni, berkira pasal duit, pasal duit minyak laa.. what everrr. cerita lama. semua menjadikan aku lebih dewasa dari sebelumnyaaa.. yang 2 orang UTHM tu, aku selesa kawan dengan diorang, sebab, susah senang kita pernah bersama. ayat nak touch heart gila. haha..susah nak tengok diorang berkira, & aku memang selesa laah! 

Kalau yang Mesir tu, kitorang dah jauh since sekolah menengah, tapi, still keep in touch bila dia balik dekat area Selangor, kitorang akan keluar jugak. ++ dia dah study dekat mesir, bila dia balik Malaysia, mesti dia ade jumpa aku. haih rindu la mus! 

Then when entered U life, semua jadi penting kan diri sendiri, maybe sebab baru kenal, or, malas nak lebih-lebih pecaya, stakat kawan je okay laa.. masuk U jugak aku penah je kene pulau. i dont know. alasan? sebab aku senang rapat dengan budak lelaki. yeah.. even senang rapat pon, u guys kira beruntung la sepatutnya, nanti lelaki tu pon rapat ngan korang jugak. (umum kayy) Kenapa weh? aku memang tak boleh lebih ke dari korang? ops. cukup mengenang cerita lama. semuanya dah jadi sejarah. aku menjadi lebih berhati-hati sejak dari itu. 

Susah rupanya nak cari betul-betul kawan yang sejati. kann? kawan yang kedekut pon ramai.. pasal duit minyak laa ak boleh nampak...paling ketara. 
BERKIRAAA!! takpe, tunggu la korang ade kenderaan sendiri, baru korang rasa macam mana rasanya kalau nak pegi jalan-jalan korang dapat 5 ringgit je duit minyak. GUYS, consider laa.. dah la jadi driver korang, penat korang boleh tido., kereta driver punya, korang just naik jee..n sampai la dekat destinasi. Jagalah hati member tu sikit... bagi la lebih sikit. upah dia jadi driver korang. Bhaaai, kalo naik teksi, dia taknak nya amek  5ringgit tu. ingat sikit. haduiiii.. Tapi aku jenis kesian, takpe laa.. ko orang susah.. aku tlg laa.. lama-lama wallet aku jadi nipis laaa.. sakit woooo. fikir la, untuk orang lain jugak.. Saya bercakap atas pengalaman sendiri.. So that's it.. 

alamak, melalut pulak.. ha, berbalik kepada cerita kawan baik tu, pada aku, nak cari kawan memang senang, cari kawan yang betul-betul kwan tu la susah. tiba-tiba aku terfikir. aku dah la tak de bestfriend sgt. saape nak jadi pengapit aku, time wedding aku nanti.. i'm still searching for her.. haha! lambat lagi wehhh... aku rasa, bestfriends aku tu, diorang akan kawen dulu dari akuu.. waaa cemana niii.. cousin? of course la mak tak bagi, kene berusaha nak cari ni.. haihsss.. Weh-weh, melalut dah ni.. cukup-cukup sudaaah! haha..

So! here are  two of my bestfriend., Introducinggggg!

Are-an & Fizah! 
(aku dekat tengah-tengah)
Abaikan la KFC tuu. hahaha.. 
comot betul kitorg makan.. 

Oh, gambar yang Mesir tu, aku tak leh nak upload. sebab privacy dia. Dia Islamic sikit!. Soo, aku hormat dia. :) Tapi dia chomeeel. Macam aku jugak laaaa. Wahahahaa. Okey,! perasan. enuf weh enuffff.

huhuu.. cukupla aku merepek petang-petang ini. malam ni ada kelas tusyen. Got to prepare something for my cute students. hehe.. daaa!

Love;
NA

Wednesday 16 January 2013

Trip "UltraSel" ke Singapore!


UltraSel!
yeahhhh.. tapi ape mende ultrasel niee. cube tengok website yang aku bagi ni, kalau rajin baca la.. hehe.. & aku bila free aku baca la update dekat sini, just nak tahu update tentang Selangor.

http://ultrasel12.blogspot.com/

aku tak tau siapa blogger untuk website ni.. tapi interesting! huhu. Happy Reading guys! 
Awesome Ultrasel! 

When i was a kid, (umur 6 tahun kalo tak silap)
my parent always laaa bawak aku & jugak adik aku, yela memang aku ade seorang adik je. We all pergi ke Stadium Shah Alam, untuk tengok Match Selangor Vs sape2 laa.. dulu kan famous dengan  Azman Adnan NO. 19, Sharil Arshad, && so onn.. Rajin gila kitorang pergi stadium. Thank's a lot to my cousin, because kalau bukan kerana dorongan korang, kami tidak akan pergi ke stadium. & tak tau Stadium life tu macam mana... hehe.. Match yang kitorang selalu tengok, Selangor Vs Pahang, Yelaa.. My Cousin tu, orang pahang, that's y dia sokong Pahang.. Bila dah selalu pegi Stadium Shah Alam (SSA) and addicted la. suka part sorak-sorak sokong Selangor.. hehe.. sampailah sekarang.. (sambil mengarang ni penuh semangat tau dalam hati sokong Selangor!) tak penah beralih araaah. :')

Hurm...Pasal ULTRAS! aku rasa baru je tau, & baru notice pasal Ultrasel ni. i am interested tengok diorang bersorak, nyanyi-nyanyi.. sampai pernah terfikir, diorang ni tak penat ke?  rasanya time match, diorang ni la tak stop teruskan sokongan terhadap Selangor. Even kalah ke menang ke.. Sape score dulu ke, mereka still bersemangat! Sebenarnya, semangat ini la yang kita perlukan dan sematkan dalam diri.. tak kira lah match tu menang ke kalah ke., tapi semangat tu tetap ada pada team kita! (for me, Of course Selangor la kann!) hehe..for you guys, terpulang la.. depends on what you guys sokong.. must always possitve untuk team masing-masing!

&& Baru-baru ni, aku baru je join a trip to Jalan Besar Stadium, dekat Singapore. Itupun selepas di ajak oleh "dia" hehe, and i asked him..

NA: Kita pegi ni dengan Ultras (Ultrasel) ke?
Dia: Tak la, pegi dengan bukan ultras pon ada.
NA: okay2..

As pic attached above, on 12 Of Jan 2013, aku pon pergi la game awaydays ke Singapore bersama-sama dia, fan selangor & of course Ultrasel. The journey begin.. 

Pukul 8.30 a.m gerak dari rumah, sampai Shah Alam, kitorang berkumpul dekat Restoran mamak HAKIM, dekat seksyen 7. Parking kereta semua, then kumpul sama-sama sebelum naik bus. Semangat berkobar-kobar nieee! haishh. hehe.. 

Pic Kiri: Comrads berkumpul
Pic Kanan: Dapat stiker Awaydays beb! haha..tq Ultrasel!

Dalam pukul 11 lebih baru gerak ke Singapore. Dalam perjalanan ke Singapore la dapat stiker tuu.. hehe.. stail! Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan dengan baik. 


 dah sampai dekat tepi stadium jalan besar.


 
 yeaaay dapat tiket Awaydayss!!

  
haih, bila la nak dapat masuk stadium niee.. waiting!



the best moment !! haaa, time dekat sini, bendera selangor atas kepala kitorang tauu.. terasa megah sgt! Proud to be Selangorian! huhu..aku sedaya upaya untuk mencapainyee.. untuk mengibarkan bersama-sama.. best gila wehh! haha.. 

Pic atas ni, Game start! hehe.. macam nervous jugak la. first time tengok awaydays game dekat tempat orang kan. huhu.. 


Saya pon support Ultrasel jugak! haha. ni masa Half time game.. 


Bila Join Ultrasel punya trip awadays ni, saya dapat kawan baru. menambahkan lagi kenalan-kenalan yang baru.. I love to make friends! exactly. huhu.. mula-mula memang la malu sikit. tapi lama-lama mcm okeh je.. diorang sume sempoi. tak sombong.. semuanya biasa je.. boleh join each other. takkan 24 jam nak ikut si dia je kan. dia pon ade kawan juge.. hehe.. 

Besides that, Uolls tahu kan, Selangor kalah masa lawan LION12, (alaaa. 1-0 je pon) hais. takde hal la bagi aku.. boleh kejar balik tuu.. hehe.. then bila kalah, sebelum ni aku rasa macam frust laa..(bila tengok game sorang-sorang even kat rumah ke ape ke) ni bila join  tengok dengan Ultrasel n fan Selangor lain, rasa macam, takde la frust. Okay je. Maybe! Semangat pasukan bersatu padu tu ada dalam diri.. Menang Kalah ke, kami tetap ada bersama-sama Selangor! 

Sesuai dengan "chant" ni:
( lagu yang dorang nyanyi-nyanyi kat stadium sokong Selangor tanpa penat lelah!)

 Ayuh Selangor

Ayuh Selangor 

Terus Berjuang Kami Ultrasel tetap disini


lalalalallaala....lalalallalalala


Thats it!
Satu Pengalaman yang baru dan sangat berbeza dapat aku rasai.. dan baru aku tau kenapa semakin hari, semakin ramai nak join Ultrasel ni.. (tak kesah la korang Ultras apaa.,) tp, aku memang sokong Selangor dari dulu.. soo, i choose to be with Ultrasel!


 Ada yang bertanya, macam mana nak join UltraSel?.. 
Senang jeee.. just visit this  blog,.. & read it!


So, itu je lah cerita mengenai pengelaman baru aku tengok game awaydays together with another Selangor Fan & Ultrasel! 
Korang Just Awesome !


p/s:
Special thank's to him, support ticket saya ke Stadium Jalan Besar. 

Love, 
NA.









Tuesday 15 January 2013

Trip To ISTANBUL with LOVE

On 14th Of November 2012, My family & I..

ceh, cerita nak gempak saje.. teringat family trip masa tahun lepas, We went to Istanbul, Turkey. the beautiful place that we nak sangat pergi since 2009, and alhamdulillah we all dah jejakkan kaki di Istanbul pada 14th Of Nov 2012. Macam tak percaya. My mom yang paling excited uollsss! haha.. :) and of course her cute daughter, cehhh!



Istanbul Aku Datang!

ops! tak da kene mengena dengan cerita ISTANBULAKUDATANG tu. eheh.. kebetulan cerita istanbul aku datang tu keluar time kitorang nak pegi sana. hehe, enjoy movie dulu la sbelum fly g istanbul! hehe..macam kebetulan, yela.. SKYFALL pon buat dekat Istanbul (Grand Bazaar) masa mula-mula start. huhu..

Anddddda Journey begin! We all naik flight on 00:30 a.m 14th Nov, and arrived there on 14th Nov, jam 6 pagi tak silap.. yela Istanbul lewat 6 jam dari Malaysia, and luckily time we all pergi tu, tak snow lagi. kalo snow, memang tak dapat keluar laaaa. huhu.  dekat sini about 12 degree. Kalau malam dalam 10 degree. sejukkk. sampai kulit jadi kering.   Sampai di sana, kami di jemput oleh agent travel THT berbangsa turkish, tapi boley speaking dengan baik! so, about communication, there's no prob! heee.. My mom kata, macam James Bond dia jalan. huuhu..ade la sikit.. yela tinggi, hidung mancung.. huhu.. Sampai sana, tak sempat nak drop hotel, andddd dia dah bawak kitorg pergi tour, on the 1st day, 1st morning, we all dijamu dengan makanan femes orang sana iaitu, SIMIT! rupa mcm donut, tapi keraaaas. and i dah rindu simit sgt ni. sooo howww? tunggu honeymoon pon belum tentu dapat pegi ISTANBUL. hehe, then the following days we all visit some mosque and palaces there. such a beautiful place dear. saya berani berkata begitu sebab pada saya Istanbul ada lah sebuah tempat di negara turkey yang cantik! i'll show you guys some picture hereeee :D happy watching!

Gambar atas, Kiri before pergi, senap picture sikit. 
Gambar kanan, dah sampai dekat Istanbul :)

Biasalah kalau dah sampai Istanbul, Carpet adelah market tinggi diorang, mesti la kene promote lebih kan, hampir terpedaya untuk membeli. u guys bayangkan carpet besar tu, RM 15K plus-plus. huhh.

This one with ayah, also the same day kitorang sampai. Belakang tu masjid apa tak tau la. banyaak sangat masjid. huhu..

Pic Kiri: Breakfast dekat sana. Always bread! 
Pic Kanan: with the only lil' bro. Adli, pic before jalan-jalan :)


Pic kiri: With Mommy, dekat Topkapi Palace. Dimana terletaknya harta karun, peninggalan sejarah Islam .
Helaian rambut  Nabi Muhammad S.A.W pon ade dekat situ. tak boleh ambil gambar sayangnya :'(


This one, gambar dekat topkapi palace, tapi belakang tu adelah laut yang ade Asia & Europe Boarder :)


This one gambar dekat Blue Mosque with my family, Blue mosque adelah masjid paling cantik dekat Istanbul. 
This one pic with my adik, dekat Aya Sofya! dalam cerita IstanbulAkuDatang tuu hee


Pic kiri: mom dekat Bluemosque
pic kiri: Istabul, grand bazaar.


with my lil' brother again.

ha, nampak tak muka excited kat situuuu!?

this one, adik saya dekat spice market. tempat yang full dengan rempah ratus... hehe


haa, yang ni pulak, Bosphorus tour. tour tgk boarder asian & europe.

Pic kiri: tengoklaaa...twilight breaking dawn part two keluar seminggu awal kat sini.
pic kanan: dekat dolmabahce palace (tempat harta berzaman, istana yang dalamnya diperbuat dari kayu, dan ukiran yang cantik sangaaat!) tapi tak boleh ambil gambar. restricted!

oo, yang ni pulak, dekat Taksim Square. nak pegi sini, naik tramp!

sambil tunggu tramp sampai.
tramp ni macam lrt la.. cume yang ni bawah tanah.. :)

exclusive lunch, we had fish & prawn here. susah tau nak dapat kat sini.

adik dekat Taksim, tempat jual barang-barang & baju branded!

another cam whore dekat dolmabahce palace.

Our Faces here!

dengan kucing gemok! setiap musim sejuk, kucing akan jadi gemokkkk! comel sangat..

Our Lunch, there.

Blue Mosque.


Aya Sofya

 haa, yang dekat atas ni, ikan goreng halus2, sedaaaaap sangat. yang sedihnya, malam sebelum we all nak balik pulak tu dapat makan ni.. haihssss. sebelum ni jeling je, sebab takut nak makan. ikan goreng ni, dia goreng sampai garing-garing, ade provide salad, & must perah lemon dekat atas ikan tu.. tu buat dia lagi awesome!



keadaan lepas digoreng! hehe.. 1 bekas 5 LIRA. we all beli 3 bekas. hehe.. 1 LIRA = RM 2.50 something.. :
okay, time to balik Malaysia.. :(


Turkey International Airport.


Haha, sampai Malaysia, terus je tibai ni dlu. rinduuuu! selepas seminngguu tak pekena sambal belacan. hehe
oh terlupa. ni haaa. yang mcm donut tuuuu.. nama dia SIMIT. mula-mula tak suka, last-last, memang makan ini je la masa jalan-jalan. hehe.. 

haa, thats all about my trip with family to Istanbul! i rakemen uolls pergi Istanbul for holidays and whatsoever..

Insya Allah, kalo ade trip lagi (ade-ade) hehe.. i will update through this blog. okay, till we meet again. tata!

Love,
NA.