Wednesday 23 January 2013

Terkedu, Sedih. Al-Fatihah Buat Yeop

Ajal Maut semua di tangan Yang Maha Esa, Betul kan?
sedang aku, di dalam kereta untuk ke USJ, meng-courier barang untuk office, tetiba ada someone IM aku dekat Fb, aku bukak guna phone time tu. dia cakap ..

ni conversation aku ngn membe tu.

Terus aku sedekah kan alfatihah untuk arwah. Mula-mula macam tak percaya. yela. arwah memang seorang yang suka gelak, ketawa, buat lawak, haih, semua la.. sampai mak aku pon kenal sape arwah tu. Sebab dulu budak kelas (masa dekat poli) rajin jugak datang rumah, untuk makan-makan, lepas mandi sungai inki. lepas makan tu, lepak-lepak la.. time tu family aku ada, suara arwah paling kuat, n buat lawak, sampai ayah, mak, adik, sume gelak. ape lagi la membe-membe kelas yang lain. 

Aku tanya Fizah, & a'an ( bestfriend aku) betul ke? diorang pon tak tahu pasal ni, dan agak terkejut dengan berita pemergian arwah. Tak lama tu, semua kawan-kawan update status dekat FB, cakap "yeop dah takda".. aku redha dengan pemergian dia menghadap ilahi. Dengan pemergian yeop, hilang la penceria kelas aku dulu. Din! kawan baik dia. mesti dia lagi sedih. Pemergian Yeop buatkan aku berasa bahawa singkatnya kehidupan di dunia ini. 

Tapi yang hidup harus teruskan kehidupan, yang pergi tetap akan pergi. Semoga kau aman disana yeop. aku doakan kesejahteraan kau. Al-Fatihah. 


Love; 
NA


No comments:

Post a Comment