Thursday 24 January 2013

Tips Nak Jadi Kurus ? Banyak cara ni.

SEMUA produk kurus yang secara pemakanan tu, merimaskan kehidupan aku. Kalo korang pikir, LOGIK tak kalo makan ubat kurus tu, lepas tu, still makan dengan nafsu yang BESAAR? Logik ke haa? Tapi kalo korang macam berduit, itu hak sendiri la. Nak tau x,  pada aku semua produk yang menguruskan  secara makan, semuanya merbahaya. MERBAHAYA. Cakap je takde Effect lain, tapi yang sampai PITAM, PENGSAN tu apa? side effect la weh. In Fact! Mana boleh kurus dengan cepat...


Pada aku la (ini pendapat aku) produk-produk tu mahal, and ade campur MLM sikit. huhu. that's why aku tak ambil langsung. TAK NAK pon. haha.. (sorry, macam menyakitkan hati ke ape ke.. tp memang tak berapa nak berkenan laaaaa)

Actually. atas tu muqaddimah je. kata-kata aluan. hehe..  Okay-Okay, aku cerita.

Pada zaman sekolah
Pada dahulunya, aku ini seorang yang berbadan gempal! haha.. gemok jugak la.. berat sampai 65 KG,  Habis je SPM, aku bekerja sebagai seorang kerani. Masa bekerja ni, aku rasa macam memang dah kurang gila berat badan aku, jadi 55 KG. haaa? tekejut jugak aku.. tension ke hapee..
Solutionnya (ni aku bagi solution yang aku amalkan masa dulu, mana baik ikutla, kalo korang rasa cara aku salah, tegur la )...


  • Makan time Breakfast -Nak jimat duit, beli hp punya pasal, sanggup makan time breakfast sahaja. tapi ambil la lebih sikit makanan tu. Nasi pon takpe, sebab kita akan guna tenaga dari siang sampai abes kerje. jangan makan pon nak sikit-sikit je, nanti tak tercover sampai tengah hari. Tengah hari tak payah makan. tapi ganti dengan minum air mineral... (Bawak air dari rumah la)

  • Malam tak yah makan heavy - aku amal kan sup sayur. Family aku stail makan malam dalam kol 9. soo, aku akan makan sup sayur. Kalau takut bosan, tukar la, sup ayam, or tom yam.. tapi do not take rice at night. KORANG TAHU kan NASI ni banyak karbohidrat. hehe.. so, pandai-pandai la. :)
  • Jogging or buat senaman ringka setiap hari ahad je - dalam 30 minit. (tak yah jogging sangatla, jalan-jalan pon takpe), kadang-kadang aku menari sorang-sorang macam aerobik la. kat dalam bilik. sampai berpeluh. 

  • Kurangkan tidur petang.

Aku yang belah kiri tu, masa form 4 ni.
actually ada lagi gambar yang kembang-kembang, tapi aku tak tau letak mana. 
berat time ni : 65KG



So, ini la gambar poyo-poyo, masa lepas SPM, sume stail nak ambil gambar macam ni. hehe.. 
Berat : 55KG


Aku amalkan selama 3 bulan je pon, hasilnya, dari 65 KG kepada 55 KG. Alhamdulillah la, penurunan yang hebat bagi aku, 10 KG, mana nak dapat kan? huhu..

Zaman Politeknik

Abes zaman skolah, aku Masuk Belajar Politeknik, Badan aku kembali kembang ibarat sikembang yang comel, HAHA.. whatever. Gila! aku gemok balik! Setiap kali dok asrama je aku gemuk balik, haih. aku menggunakan syle yang sama, untuk kurangkan berat badan aku, tapi itu pon lepas aku dok luar, masa sem 3. Yela, dok hostel, makan cukup. abes kelas, beli makanan tidur. haih. jangan la ikut aku punya perangai yang ni haaaa.
tengok 2 kali ganda rumate aku. haha.. masa masuk poli la ni. seminggu orentasi da GEMOK!

betapa sehatnya aku time ni. Happy kot! haha (kanan sekali)


Masuk Sem 4 aku praktikal. Time praktikal ni aku gunaa kan sehabis baik untuk menurun kan lagi berat aku yang 58 KG kepada 49 KG kot. haha.. Gila jugak la. tapi, time ni praktikal. Ye la, Civil Engineering, tak sah la kalo tak berjemur kat construction site.

  • Aku merajinkan diri untuk pergi ke Site, kasi kuar peluh sikit. 
  • Kalau makan, siang je aku amek heavy, malam tak sangat.
  • Tapi stil control la pemakanan tu. 
  • Kalo hari ni dah makan banyak, esoknya aku kurangkan, makan sup balik. stable kan berat la..
Gambar kiri: Sebelum praktikal (58 KG)
Gambar kanan: Semasa praktikal (49 KG)



daripada balik praktikal, ke final year masa poli, berat aku maintainn jee, 49KG - 51KG.

Kadang-kadang kita kene jadi STRESS untuk kurus, macam aku dalam final year masa diploma dulu. STRESS dengan FYP, KISAH CINTA, n bla bla bla. hasilnya, penurunan berat. GREAT!


Zaman Universiti

Ha, 2011, aku masuk U sambung degree. SEE, i know it, berat dari 49KG tu, naik pegi 57 Balikkkk! arghhhh.. masuk hostel je aku gemuks! siut laaa.. tapi salah aku jugak.. dok lahap McD selalu sangat, + makan nasi tiap-tiap malam, n pantang ade makanan kat bilik. Biskut pon jadi, boleh menaikkan lagi lemak-lemak yang bangga ni. hjuhu...Soo, ape aku buat?


Gambar Kiri : Masa Sem 2 dekat UTP
Hasilnyaaaa!
Gambar kanan : Sem 3 UTP
  • Jogging la. tiap pagi sabtu or ahad, or kdg2 jumaat. kat tasik UTP tu. 
  • ambil fast food sebulan sekali, tak yah ambil pon tak pe. hehe
  • tak makan meggi + biskut + nescafe selama beberapa bulan
  • Kdg-kdg aku puasa sunat + Puasa ganti
  • Makan bila perlu je. (tapi still tak ambil nasi sgt la)
  • minum air mineral banyak sikit. 
  • Aerobik sikit. hehe
  • haaa! paling ketara, masa aku pakai braces, bulan 10, 2011. tak boleh buat apa la kan, memang tak makan, berat? jgn cakap la.. 48 KG. tapi tu sebab braces.. lain kes la.. takkan sume da gigi cantik nak pakai braces, semata-mata untuk kurus kan.. tak LOGIK. iskkk. tapi boleh ambil style makan roti & sup la.. aku amalkan 2 minggu masa mula-mula pakai braces. tak ambil nasi langsung! haha.. memang boleh kurus. aku jamin!


& alhamdulillah.. aku nak maintain macam ni je.. paling banyak pon naik sampai 52 KG. sesuai ngn ketinggian aku. Aku bukan nak membangga diri ke apa, cume ingin membantu kawan-kawan yang diluar sana, mana tahu tips aku, boleh pakai ke kan,..

Nak buat apape pon dalam dunia ni, kita kene berusaha.

TAKKAN ADA KEJAYAAN YANG DATANG BERGOLEK TANPA USAHA.

Haa, itu je lah. Nanti ade cerita or tips2 menarik, aku publish lagi!

Well, happy reading guys!

Love;
NA


2 comments:

  1. wow... perkongsian yang menarik. bila banyak berjalan, tu sebabnya badan mudah kurus. hehee

    ReplyDelete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Nak Kurus Dengan Cepat

    ReplyDelete