Saturday 12 May 2012

selamat hari mak, mama, dan hari guru :)

ucapan ini ditujukan buat mak dan mama bersempena hari ibu atau mother's day. kasih dan sayang yg diberikan kepada kami tiada batasnya, penat lelah membantu tiada hujungnya, menyokong dan membimbing tidak pernah menemui jalan buntu, jiwa dan raga sentiasa kuat menempuh. segala usaha utk kami sentiasa terbukti. mereka tahu apa yang terbaik di hadapan kami. syurga di bawah telapak kaki mak dan mama. insya Allah doa kami tidak akan putus untuk kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat :)

tambahan lagi mereka berdua merupakan nadi dan tunjang pendidikan kepada anak negara. mendidik di sekolah dari pagi hingga ke petang. mencurah kan ilmu bkn sahaja sebagai tanggungjawab kerja malahan mahu membentuk nilai yang baik utk diterapkan kepada pelajar. menuntut ilmu itu wajib. bagi guru "tunai tetap kami tunaikan" yg di ulang 3x- diambil dari lagu yg sentiasa dinyanyikan semasa hari guru. semoga 1 Malaysia maju kehadapan dgn ilmu :)

daripada NA<3SH kepada mak dan mama

1 comment: